Want your
own Fotopage?






 
LEA OVEN

By: Daalia Abdul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 10-Dec-2008 15:41 Email | Share | Bookmark
Sugar Paste a.k.a. Gum Paste

gum tragacanth & liquid glucose
gum tragacanth
tepung + gula + gum + air
uli sampai jadi cam ni, + shortening, uli lagi
simpan dlm plastic wrap
letak sedikit pewarna
uli smpai warna sebati
dah nampak merahnya sikit
dah siap utk diguna
canai nipis
golekkan embossed roller
jadi pattern camni
tekan bentuk yg dikehendaki
biarkan g/paste kering
150 ekor b/fly saya dah siap utk di guna
Salam.... ramai sangat yang bertanya tentang macamana nak buat gumpaste termasuk ex-students saya... hari tu semasa kelas cupcake saya tak dapat ajar resepi ni sebab tak ada stok gum tragacanth di kedai, lama juga supply nye tak ada di kedai.... ramai yang panik dan tercari2 stok gum tragacanth ni tapi tak dapat.... so hari tu saya hanya guna resepi gumtex sahaja untuk buat bunga ros..... sehinggalah baru2 ini bila saya bertanya Zati, Zati kata dah ada stok... cepat2 saya pergi beli kat Bake With Yen Puchong ..... ada orang panggil sugarpaste.... pada saya macam sama aje, tak kesah lah nak panggil apa kan.... gumpaste ni untuk buat bunga, dan apa saja bentuk2 lain yang sesuai menggunakan gumpaste ... rasa gumpaste ni sedap... tak berapa manis ....

Sekadar berkongsi resepi yang sifoo saya, Zatidihati pernah pamerkan di fotopage beliau, link to the gumpaste resepinya ialah :

http://zatidhati.fotopages.com/?entry=1361987

Biar saya recap di sini ya :

60gm tepung jagung
400gm gula icing
22gm gam tragacanth
60g air masak ( sifoo lynn dah betul kan daku... thanks Lynn )
22gm liquid glukos
22gm lemak sayuran

Cara2nya

- Ayak tepung jagung & gula icing 3 kali
- Campurkan dengan gam tragacanth
- Masukkan air paip, dan liquid glukos dan ULI
- Masukkan pula lemak sayuran dan ULI lagi

Simpan stok dalam plastic wrap. Bila nak guna, uli semula, dan jika melekat kat tangan, bubuh sedikit lemak sayuran di tangan dan uli semula. Tak boleh terdedah di udara, nanti jadi keras.

Di sini ada sedikit gambar step by step yang sempat saya rakamkan hari ini untuk buat gumpaste ni ... saya buat 150 ekor butterflies untuk order dari customer 2 hari lagi .... embossed roller tu beli kat ICCA PJ ( produk Wilton )





Selamat mencuba... kepada ex-students saya dan juga yang lain, kalau tak pasti leh email atau SMS kat saya nanti ye...

Thanks
Daalia
http://lea-oven.blogspot.com
HP : 012-283-9337
YM : Lea1207
Email : lea1207@yahoo.com

Quote:
Ramai yang bertanya :

1) Gumpaste ni tak sama dengan fondant, texturenya lebih keras dari fondant
2) Adunan gumpaste ni khas utk buat bunga dan bentuk2 lain utk cake toppers
3) Gumpaste boleh disimpan dalam plastic wrap dan uli semula bila nak di guna sebab ianya akan mengeras sedikit bila lama di simpan
4) Gumpaste bukan untuk salut cake, guna fondant utk salut cake
5) Tak pasti berapa lama boleh simpan, ikut logik boleh simpan lama sebab bahan2 yg digunakan tak ada yang boleh menyebabkan adunan jadi berkulat cepat


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net